wiget

Rabu, 6 Ogos 2008

KATA HIKMAT


Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.


Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.


Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.


Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.


Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.


Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.


Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.


Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

कटा-कटा Hikmat

Selasa, 5 Ogos 2008

Pengertian


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu cuma kita mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Tapi bagaimana dengan kita...

Radio TV online

Speedtest

Keajaiban dan Kebesaran Tuhan


http://www.youtube.com/watch?v=xs7WnOd-R0w